BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Konsep Pengurusan Penasihatan Murid
a) Kaunseling
i. Berfokuskan kepada masalah.
ii. Berbentuk arahan dan suruhan.
b) Bimbingan
• Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966).
• Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).
• Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960).
Ciri-ciri Bimbingan:
i. Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan
ii. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya
iii. Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
c) Penasihatan
Ciri-ciri Penasihatan
i. Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
ii. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
iii. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
e) Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
• Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
f) Syarat Kelayakan untuk Menjadi Guru Kaunseling
i. Mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioral science dan kaunseling.
ii. Ada pemilihan dan latihan kaunselor seperti praktikum.
iii. Memerlukan masa dan latihan yang khusus.
g) Hubung Kait Guru Displin dengan Guru Kaunseling
i. Pelajar yang melanggar peraturan sekolah atau yang bermasalah akan berjumpa dengan guru displin terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru kaunselor.
ii. Guru displin sahaja dibenar memegang rotan manakala guru kanselor hanya boleh memberikan nasihat.
iii. Guru displin lebih kepada menghukum pelajar manakala guru kaunselor lebih kepada membimbing dan membantu pelajar.
iv. Maklumat yang didapati berkaitan dengan pelajar bermasalah oleh guru displin bermanfaat kepada guru kaunselor.
h) Peranan Guru Kaunseling di Sekolah
i. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
• Sesi Kaunseling
ii. Sesi kaunseling individu (kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan).
iii. Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama).
• Sesi Bimbingan
i. Sesi bimbingan individu (pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang berkesan).
ii. Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama).
i) Pengurusan dan Pentadbiran
• Urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah atau agensi luar.
j) Akademik
• Kaunselor bertanggungjawab untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota, pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan dan menghadapai peperiksaan.
k) Kerjaya
• Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya.
l) Psikososial dan Kesejahteraan Mental
• Meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak melalui program-program yang berteraskan kepada kerohanian, komunikasi dan sebagainya di sekolah.
m) Kaunseling Keibubapaan
• Kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.
n) Pembangunan Diri
• Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan.
o) Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS
• Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah.
• Pelajar akan diberikan info berkaitan dengan ddah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS.
p) Etika sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Tanggungjawab Terhadap Klien
i. Hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan yang membahayakan klien dan orang sekelilingnya.
• Tanggungjawab Terhadap Rakan Profesional
i. Bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan guru kaunseling yang tidak beretika.
• Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
i. Guru kaunseling juga hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
• Tanggungjawab Terhadap Organisasi dan Majikan
i. Hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta menngkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
a) Kaunseling
• Suatu strategi yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.
Ciri-ciri Kaunseling:i. Berfokuskan kepada masalah.
ii. Berbentuk arahan dan suruhan.
b) Bimbingan
• Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966).
• Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).
• Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960).
i. Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan
ii. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya
iii. Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
c) Penasihatan
- Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.
- Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.
Ciri-ciri Penasihatan
i. Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
ii. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
iii. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
d) Mentoring
- Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu ke individu/ramai (one-to one/many relationship) yang akan meningkatkan tahap professionalisme mentee.
- Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mentee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan.
- Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor) di berikan tanggongjawab untuk membantu guru baru (mentee) mendalami perkembangan professional.
- Mentor – individu berpengalaman
- Mentee – individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan
Ciri-ciri Mentoring
- Proses pembelajaran yang aktif buat mentee
- Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan
- Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif
- Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mentee
- Bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan
- Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
• Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
f) Syarat Kelayakan untuk Menjadi Guru Kaunseling
i. Mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioral science dan kaunseling.
ii. Ada pemilihan dan latihan kaunselor seperti praktikum.
iii. Memerlukan masa dan latihan yang khusus.
g) Hubung Kait Guru Displin dengan Guru Kaunseling
i. Pelajar yang melanggar peraturan sekolah atau yang bermasalah akan berjumpa dengan guru displin terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru kaunselor.
ii. Guru displin sahaja dibenar memegang rotan manakala guru kanselor hanya boleh memberikan nasihat.
iii. Guru displin lebih kepada menghukum pelajar manakala guru kaunselor lebih kepada membimbing dan membantu pelajar.
iv. Maklumat yang didapati berkaitan dengan pelajar bermasalah oleh guru displin bermanfaat kepada guru kaunselor.
h) Peranan Guru Kaunseling di Sekolah
i. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
• Sesi Kaunseling
ii. Sesi kaunseling individu (kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan).
iii. Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama).
• Sesi Bimbingan
i. Sesi bimbingan individu (pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang berkesan).
ii. Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama).
i) Pengurusan dan Pentadbiran
• Urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah atau agensi luar.
j) Akademik
• Kaunselor bertanggungjawab untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota, pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan dan menghadapai peperiksaan.
k) Kerjaya
• Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya.
l) Psikososial dan Kesejahteraan Mental
• Meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak melalui program-program yang berteraskan kepada kerohanian, komunikasi dan sebagainya di sekolah.
m) Kaunseling Keibubapaan
• Kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.
n) Pembangunan Diri
• Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan.
o) Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS
• Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah.
• Pelajar akan diberikan info berkaitan dengan ddah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS.
p) Etika sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Tanggungjawab Terhadap Klien
i. Hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan yang membahayakan klien dan orang sekelilingnya.
• Tanggungjawab Terhadap Rakan Profesional
i. Bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan guru kaunseling yang tidak beretika.
• Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
i. Guru kaunseling juga hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
• Tanggungjawab Terhadap Organisasi dan Majikan
i. Hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta menngkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
Comments
Post a Comment