BAB 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH

a) Definisi Bilik Darjah
Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

b) Definisi Pengurusan Bilik Darjah
Proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.

PEMBELAJARAN BERKUMPULAN
Kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan.


c) Tujuan Pembelajaran Berkumpulan

i. Memudahkan guru membimbing murid.
ii. Menggalakkan penglibatan aktif individu.
iii. Memupuk kerjasama antara murid.
iv. Memupuk rasa tanggungjawab.
v. Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
vi. Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.

d) Bentuk Pembelajaran Berkumpulan

i. Kumpulan Mengikut Kebolehan

Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.

ii. Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan.
Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat.
Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar.

iii. Kumpulan Mengikut Minat

Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid
Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.

PEMBELAJARAN INDIVIDU
Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat.
Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh.

e) Objektif Pengajaran Individu

i. Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing.
ii. Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya.
iii. Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri.
iv. Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar.

f) Bahan Pembelajaran 

i. Apa sahaja yang digunakan dalam pembelajaran merangkumi alat dan isi pelajaran.
ii. Dikenali sebagai media pendidikan :
Perkakasan
Bahan atau perisian
iii. Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.

g) Jenis Bahan dan Penghasilannya

i. Terbahagi kepada dua iaitu:-
Bahan hidup
Bahan bukan hidup

Bahan hidup : manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan
Bahan bukan hidup : elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi (semulajadi dan buatan manusia)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 7: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO DLL)

BAB 2: MENGURUS PEMBELAJARAN

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA