BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
a) Konsep Pemulihan
• Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
• Melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
b) Ciri-ciri Kanak Pemulihan
i. Rendah diri.
ii. Pasif.
iii. Mengganggu rakan.
iv. Kerap tidak hadir sekolah.
v. Lemah pemahaman.
vi. Malas.
vii. Cepat bosan
c) Peranan Guru
• Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
• Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
PENGAYAAN
• Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
• Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
• Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima
d) Objektif Pengayaan
• Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
e) Jenis Pengayaan
• Pengayaan (mendatar)
i. Aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
• Pengayaan (menegak)
i. Aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
f) Perbezaan Pengayaan Mendatar dan Pengayaan Menegak
• Pengayaan Mendatar
i. Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan.
ii. Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu.
iii. Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar.
iv. Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
v. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
• Pengayaan Menegak
i. Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas.
ii. Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama.
iii. Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi.
iv. Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama.
v. Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan.
BERKEPERLUAN KHAS
g) Pintar cerdas
• Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
h) Ciri-Ciri Pelajar Pintar Cerdas
i. Perbendaharaan kata yang lebih luas.
ii. Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah.
iii. Keistimewaan dalam matematik.
iv. Mencari kesempurnaan kendiri.
v. Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah.
vi. Petah berkomunikasi.
i) Autisme
• Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
j) Ciri-ciri Autisme
i. Sukar berkomunikasi.
ii. Mengelak untuk bertentang mata.
iii. Emosi tidak seimbang.
iv. Mencedera diri sendiri.
v. Sukar memahami orang lain.
vi. Pasif.
k) Pendidikan Autisme
i. Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK).
ii. Program bersepadu dan terancang.
iii. Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar.
iv. Pendidikan inklusif.
l) Disleksia
• Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.
m) Ciri-ciri Disleksia
i. Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
ii. Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik).
iii. Disgrafia (merujuk kepada bahasa).
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
• Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
• Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
• Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
n) Kecerdasan Logik-Matematik
i. Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
ii. Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
iii. Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
o) Kecerdasan Verbal-Linguistik
i. Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
ii. Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
p) Kecerdasan Muzik
i. Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.
ii. Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.
iii. Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
q) Kecerdasan Kinestetik Badan
i. Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
ii. Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental
r) Kecerdasan Interpersonal
i. Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
ii. Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain.
s) Kecerdasan Intrapersonal
i. Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri.
ii. Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari.
iii. Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara
t) Kecerdasan Ruang Visual
i. Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
ii. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
iii. Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat.
u) Kecerdasan Naturalis
i. Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
ii. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.
iii. Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam
v) Kecerdasan Eksistensialis
i. Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia.
ii. Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini

Comments
Post a Comment