BAB 2: MENGURUS PEMBELAJARAN

a) Objektif pembelajaran

• Memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan pembelajaran.
• Memahami konsep mengurus pembelajaran.
• Perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran.
• Kajian pengurusan pembelajaran pelajar.

b) Kepentingan pengurusan

• Pengurusan menambah pengetahuan.
• Pengurusan meningkatkan mutu amalan kerja guru.
• Pengurusan yang cekap menambahkan produktiviti.
• Mendapatkan keredaan Allah.

c) Makna pengurusan

• Pengurusan boleh didefinisikan sebagai: aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)
.
• Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984).
• Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984).
• Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur, 1988).

d) Apakah kaedah pengurusan yang biasa dipakai dalam bidang anda?

Pendekatan dan kaedah pengurusan
i. Berpusatkan pelajar
ii. Berpusatkan bahan
iii. Berpusatkan guru
iv. Berpusat pelajar, bahan dan guru

Pendekatan dan kaedah khusus
i. Pengurusan bahan pembelajaran
ii. Pengurusan tempat
iii. Pengurusan masa
iv. Pengurusan siapa yang mengajar

Konsep guru dan profesional

e) Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut, iaitu:

• Pelajar
• Pedagogi
• Kurikulum
• Konten-pedagogi
• Kandungan mata pelajaran
• Konteks pendidikan di Malaysia
• Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia
(Pedagogical Content Knowledge – Shulman, L.S. )

f) Pengurusan Bilik Darjah

i. Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).
ii. Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).

Domain:
- Memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah
-  Mengorganisasi persekitaran fizikal
- Menguruskan tingkah laku pelajar
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati
- Mengurus dan melancarkan proses pengajaran
- Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
- Berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran

g) Pengurusan Pelbagai Budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada murid
- Penerimaan dan layanan adil
- Pedagogi & strategi pembelajaran
- Pengurusan hubungan
- Pemilihan bahan sumber
- Program Silang Budaya 

h) Pengurusan Pelbagai Upaya

- Pemulihan
- Pengayaan
- Berkeperluan Khas: pintar cerdas, autisme, disleksia
- Program Pendidikan Inklusif
- Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi

i) Pengurusan pembelajaran daripada pelbagai aspek

• Tradisional
• Moden
• Barat
• Islam
• Cina
• India
• Pembelajaran sepanjang hayat

j) Teori 

• Pengurusan Sekolah Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

i. Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia.
ii. Kumpulan sasaran manusia- kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam tempoh perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
iii. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
iv. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

• Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia.
• Namun, menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi wujudkan sekolah yang berkesan.


k) Matlamat pembelajaran

i. Pendidikan ialah sistem “Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.” (Aristotle: 384 S.M. – 322 S.M.)
ii. Pendidikan ialah proses “Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.” (John Dewey: 1933).
iii. Pendidikan ialah penambahan ilmu “Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.” (Stuart Mill).
iv. Pendidikan ialah mendidik “Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse)

l) Konsep dan pengertian pendidikan dalam Islam

• Tarbiah (mengasuh/memelihara/membaiki).
• Ta’dib (mendidik/membentuk adab dan akhlak).
• Ta’lim (pengajaran).

m) Dalam Islam, tarbiah, ta’dib dan ta’lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik

• Berilmu
• Mempunyai kesedaran
• Menghayati
• Menginsafi
• Beramal

n) Kesan pendidikan Malaysia





o) Tahap pengurusan kurikulum bilik darjah




p) Prinsip pengajaran

Merancang : pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan
Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian
Penyampaian: Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian
Penutup: mengukuh isi, penilaian, merumus
Kepelbagaian teknik:
i. Memerlukan kreativiti guru.
ii. Mengekalkan tumpuan pelajar.
iii. Unsur kepelbagaian.
iv. Ambil kira faktor masa, jumlah murid, bahan, kesukaran dll.

Penglibatan pelajar:
i. Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif.
ii. Semua terlibat/ tiada yang tersisih.
iii. Interaksi lebih membina.
iv. Ch. Menyoal, beri pandangan, pendapat, masalah, melakun, berhujah dll.

Ambil kira perbezaan Individu: Murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di ataskewujudan unsur kepelbagaian tersebut.
i. Langkah: beri perhatian, ulang-ulang isi, latih tubi, darjah kesukaran kurikulum perlu diambil kira.
ii. Guru perlu peka kepada reaksi pelajar seperti bising, resah, murung, tiada reaksi, lesu dll kerana ini mencerminkan reaksi terhadap pengajaran guru.
iii. Guru perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kecerdikan akal budinya.

Pengalaman sedia ada: Kaitkan PdPc dengan pengalaman sedia ada pelajar. Misalnya : ulang pelajaran lepas, soal jawab pengalaman lalu, ceritakan pengalaman, kata kunci ini penting sebelum guru memulakan pengajaran kerana murid sukar menerima pelajaran “secara mengejut” dalam keadaan “vakum”.
Merangsang fikiran murid melalui soalan, “cabar minda”, “ramalan”,”fikir bersama” kata kunci: Jangan terus puas hati dengan jawapan pertama pelajar. Berikan “provokasi”
• Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:
i. Perubahan pemikiran.
ii. Perubahan kebolehan.
iii. Perubahan tingkah laku.
iv. Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan.
v. Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna.

q) Prinsip pembelajaran

i. Latihan – murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru.
ii. Kondusif: suasana pembelajaran yang selesa daripada segi minda, fizikal, emosi, dan rohani.
iii. Bermatlamat: pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll.
iv. Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan dalam proses PdPc supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna.
v. Persediaan awal: Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid.
vi. Mengkaji murid: analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat dan keperluan.
vii. Unsur dorongan: Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, dan penghargaan guru.

r) Faktor mempengaruhi kesediaan belajar

i. Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran.
ii. Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat.
iii. Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat.
iv. Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, dan sedia terima pendapat.
v. Pengalaman sedia ada: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka.

s) Kajian-kajian untuk mengkatkan standard kualiti

• Apakah yang patut dikaji?

i. Kaedah pembelajaran semasa.
ii. Teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan semasa.
iii. Isu-isu dan perubahan sistem pembelajaran kini.
iv. Buku teks.
v. Perbandingan sosiologi murid zaman kini.

t) Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Sekolah

- Pengetua/ Guru Besar
- PK Pentadbiran & Kurikulum/ PK1
- PK HEM
- PK Kokurikulum
- PK Petang
- PK Tingkatan Enam
- Kaunselor
- Organisasi Pengurusan
- Organisasi Kurikulum
- Organisasi HEM
- Organisasi Kokurikulum
- Ketua Bidang Bahasa, Teknikal & Vokasional, Sains & Matematik, Kemanusiaan
- Ketua Panitia
- YDP Alumni Sekolah
- YDP PIBG

u) Pengurusan Sumber

- Pengurusan Bilik-bilik Sumber
- Pusat Sumber dan Perpustakaan
- Bilik instruksional
- Bilik Tayang
- Bilik BOSS
- Pembelian bahan-bahan 

v) Pengurusan Bilik Pembelajaran

Bilik pembelajaran: 
- Bilik darjah
- Makmal sains
- Makmal KH
- Studio lukisan
- Makmal ICT 

w) Pengurusan Tingkah Laku/Disiplin 

- Pengetua
- PK HEM
- Kaunselor
- Guru Kanan Disiplin
- Guru-guru disiplin

Jenis-jenis salah laku: jenayah, penyalahgunaan dadah/inhalan/racun, buli, rokok, ponteng, lucah, kurang sopan/biadab, vandalisme, tidak amanah, kenakalan, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, penglibatan politik.

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru Sekolah, surat pekeliling ikhtisas, panduan disiplin peringkat sekolah.

Kategori kesalahan: berat, sederhana, ringan
Hukuman: pembuangan, penggantungan, corporal punishment, detention, denda, amaran
Program peningkatan disiplin - sekolah
Program pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid – sekolah & PPD
Sistem salah laku disiplin murid – SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid dan Sistem Merit Demerit)

x) Pengurusan Bimbingan/Penasihatan

- Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Rasional dan objektif
- Carta organisasi dan jawatan kuasa: akademik, kerjaya, sahsiah, ppda
- Pendekatan: Pencegahan, Perkembangan, Pemulihan, Krisis
- Kod Etika
- Fokus perkhidmatan: pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental

y) Pengurusan Kokurikulum

- Dasar pelaksanaan
- Carta Organisasi Kokurikulum Sekolah
- Jenis Gerak Kerja Kokurikulum: Badan beruniform, Kelab & persatuan, Sukan & Permainan
- Peruntukan masa 
- Penilaian Kokurikulum
- Lain-lain: uniform, peralatan, laporan, penghargaan

z) Pengurusan Sekolah dan Persekitaran

- Hubungan Guru-Ibu Bapa
- Hubungan Sekolah-Ibu Bapa
  • Ibu bapa sebagai sukarelawan di sekolah
  • Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti utama: hari pendaftaran, hari pelaporan, hari sukan, hari anugerah kecemerlangan, hari penetapan sasaran, Hari Mesyuarat PIBG
- Penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
  • Kokurikulum
  • AADK
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Belia dan Sukan

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 7: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO DLL)

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA