BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
a) Objektif Pengajaran
• Objektif Implisit
- Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
i. Memahami.
ii. Mengetahui.
iii. Menghargai sesuatu yang telah diajar
• Objektif Eksplisit
- Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti
i. Menyenaraikan.
ii. Menjelaskan.
iii. Memberikan contoh.
iv. Menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.
b) Buku Rekod Mengajar
• Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
i. Rancangan Pelajaran Tahunan.
ii. Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan -sukatan kebangsaan.
c) Perlaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
• Set Induksi
i. Langkah permulaan dalam proses PdPc.
ii. Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar.
iii. Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi.
• Perkembangan PdPc
i. Penyampaian isi pelajaran.
ii. Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal.
iii. Penggabung jalinan.
iv. Penyerapan, Pengukuhan & Pengayaan.
v. Pemulihan & Penilaian.
vi. Hasil pembelajaran murid.
d) Aktiviti yang dijalankan seperti :
i. Susulan.
ii. Penilaian objektif pengajaran
iii. Membuat kesimpulan
iv. Rumusan
e) Kajian di Sekolah
f) Definisi kajian
• Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.
g) Kajian Kes Pengurusan Pendidikan
i. Rasional
• Kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
h) Program Perantis Guru 1 & 2
i) Konsep
• Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah.
• Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Pendedahan awal.
j) Program ini memberi peluang kepada guru:
ii. Menyesuaikan diri.
iii. Meninjau persekitaran.
iv. Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana.
v. Membuat pemerhatian aplikasi teori PdPc dalam bilik darjah.
vi. Merekod pengalaman melalui portfolio.
vii. Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan.
k) Peranan & Tanggungjawab Guru Pelatih
i. Hadir taklimat.
ii. Faham objektif.
iii. Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah.
iv. Mengamalkan etika.
v. Membantu guru dalam kokurikulum.
vi. Mengumpul maklum balas.
vii. Menyediakan folio PPG.
viii. Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah.
ix. Perbelanjaan tanggungan sendiri.
x. PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan PdPc.
l) Garis panduan, Peranan dan Tanggungjawab Pihak Sekolah
i. Bekerjasama dengan pihak universiti.
ii. Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping.
iii. Membantu guru pelatih menyesuaikan diri.
iv. Membantu mengumpul maklumat sekolah.
v. Beri peluang membuat pemerhatian semasa PdPc guru berpengalaman berlangsung.
vi. Awasi displin dan kehadiran guru pelatih.
vii. Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke universiti.
viii. Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke universiti.
m) Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendamping
i. Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan.
ii. Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa.
iii. Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan.
n) Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Bimbingan
i. Menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG.
ii. Menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan.
iii. Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan.
iv. Membuat rumusan.
v. Membuat lawatan jika perlu.
vi. Menyimpan rekod penilaian PPG.
o) Aspek-aspek yang Difokus Semasa Menjalani PPG
i. Interaksi dan komunikasi.
ii. Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu.
iii. Pengurusan bilik darjah.
iv. Perancangan dan pengajaran.
v. Amalan refleksi.
vi. Sikap dan sahsiah
Comments
Post a Comment