BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


a) Hubungan Sekolah dan  Masyarakat

Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. 

b) Faktor Luaran dan Dalaman Sekolah

i. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
ii. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
iii. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
iv. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
v. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
vi. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. 
vii. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya

c) Hubungan antara Pihak Sekolah dengan Pihak di Luar Sekolah

Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.

d) Perkongsian Pintar

Matlamat Perkongsian

i. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial.
ii. Tidak wujud bersendirian.
iii. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham).
iv. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

e) Kepentingan Perkongsian

i. Masyarakat dan Sekolah: Saling  memerlukan.
ii. Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat.
iii. Masalah masyarakat merupakan masalah  sekolah juga. 
iv. Budaya adalah hak masyarakat

f) Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)

Ibu bapa hendaklah menjadi role model  kepada anak.
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan.
Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.
Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan.
Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. 
Menambahkan dana persatuan dengan  inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.
Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BAB 7: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO DLL)

BAB 2: MENGURUS PEMBELAJARAN

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA