BAB 4: PENGURUSAN MURID

a) Pengurusan Murid Terbahagi kepada 2 :
i. Hal ehwal murid
Rekod murid

ii. Pembelajaran
Kesediaan belajar
Motivasi

REKOD MURID
Peranan guru kelas
i. Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
ii. Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
iii. Menyemak dan membetulkan ralat.
iv. Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

Peranan guru data
i. Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

b) Kepentingan rekod murid

i. Memantau kemajuan murid.
ii. Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
iii. Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.

c) Kepentingan rekod murid kepada guru

i. Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran.
Memerlukan bimbingan khas.
Bantuan kewangan.
ii. Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.

d) Perbezaan murid terbahagi kepada 6 :

i. Perbezaan perkembangan mental.
ii. Perbezaan sikap dan minat.
iii. Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal.
iv. Perbezaan status sosioekonomi.
v. Perbezaan jantina.
vi. Perbezaan dalam diri individu.

e) Perbezaan perkembangan mental

i. Walaupun berada pada peringkat umur yang sama, tetapi murid-murid mempunyai corak perkembangan mental yang  berbeza.
ii. Wujud secara semula jadi.

f) Perbezaan sikap dan minat

i. Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
ii. Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.

g) Perbezaan kedar pertumbuhan fizikal

i. Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
ii. Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.

h) Perbezaan status sosioekonomi

i. Murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.

i) Perbezaan jantina

i. Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
ii. Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.

j) Perbezaan dalam diri individu

i. Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
ii. Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.

KESEDIAAN PELAJAR
- Yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu jenis-jenis kesediaan pelajar.

k) Kesediaan Kognitif
i. Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
ii. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

l) Kesediaan Psikomotor
i. Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
ii. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.

m) Kesediaan Afektif
i. Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.

MOTIVASI
i. Tingkah laku untuk mencapai keinginan  dalam diri.
ii. Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya.
iii. Bantuan  daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh -sungguh.

n) Teknik Intrinsik

i. Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran.
ii. Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran.
iii. Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966).
iv. Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.

o) Teknik Ekstrinsik

i. Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 7: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO DLL)

BAB 2: MENGURUS PEMBELAJARAN

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA