BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
a) Pengajian pendidikan berasaskan:
b) Sosiologi pendidikan
• Sosiologi:
j) Pengertian Pendidikan
Syed Muhammad Qutb - pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
i. Sosiologi Pendidikan (KPS)
ii. Psikologi Pendidikan (KPP)
iii. Falsafah Pendidikan (KPF)
iv. Pedagogi (KPD)
v. Penilaian dalam Pendidikan (KPN)
vi. Teknologi Pendidikan (KPT)
iv. Pedagogi (KPD)
v. Penilaian dalam Pendidikan (KPN)
vi. Teknologi Pendidikan (KPT)
b) Sosiologi pendidikan
• Sosiologi:
i. Istilah Sosiologi: Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002).
p/s: Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
ii. Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.
iii. Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
iv. Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.

v. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial
vi. Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu.
vii. Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.
viii. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi.
ix. Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.
x. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.

c) Perspektif teori sosiologi pendidikan
• Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian.
• 3 teori utama:
i. Fungsionalisme
ii. Konflik
iii. Interaksionisme Simbolik
i. Fungsionalisme
ii. Konflik
iii. Interaksionisme Simbolik
d) Teori Fungsionalisme
i. Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
ii. Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri.
iii. Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat.
iv. Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat.
v. Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar).
vi. Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dsb.
vii. Perkembangan individu tidak diutamakan.
viii. Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan manusia, yang mempunyai beberapa bahagian dengan fungsi-fungsi tersendiri.
ix. Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat.
x. Atau dikenali sebagai Teori Konsensus.
xi. Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat.

e) Teori Konflik
i. Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920).
ii. Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.
iii. Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dsb.
iv. Perkembangan individu tidak diutamakan.
Aliran Karl Marx:
i. Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan.
ii. Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan.
iii. Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial.
iv. Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan. merupakan asas kepada pembentukan masyarakat

v. Faktor selain
ekonomi
seperti
agama, institusi politik,
keluarga,
dan
pendidikan
dikenali
sebagai
superstruktur yang dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas iaitu ekonomi.
Aliran Max Weber:
i. Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi (pengesahan).
ii. Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu kumpulan status/kelas sosial.
Perbezaan:
f) Teori Interaksionisme Simbolik
i. Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
ii. Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
iii. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra.
v. Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan.
vi. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.
7 Teori Asas Interaksionisme
i. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir.
ii. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
iii. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
iv. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
v. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
vi. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
vii. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat
i. Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
ii. Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
iii. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra.
iv. Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro).
Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di sekolah.v. Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan.
vi. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.
7 Teori Asas Interaksionisme
i. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir.
ii. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
iii. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
iv. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
v. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
vi. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
vii. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat
g) Kajian masyarakat
• Ibnu Khaldun (1332-1406)
i. Mengkaji perubahan dan fenomena sosial.
ii. Mengkaji perkaitan antara institusi sosial.
iii. Membezakan antara masyarakat primitif dan moden.
iv. Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah.
v. Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal.
• Auguste Comte (1798-1857)
i. Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
ii. Memperkenalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu).
iii. Sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding dengan sains lain.
iv. Penyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik.
v. Membahagikan masyarakat kepada statik dan dinamik.
vi. Perkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara evolusi.
vii. Menekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden.
• Karl Marx (1818-1883)
i. Menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosial.
ii. Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi.
iii. Mengkritik kapitalisme
iv. Pengasas teori konflik
• Emile Durkheim (1858-1917)
i. Mengkaji manusia seperti mengkaji benda (Fungsionalisme).
ii. Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.
iii. Moraliti dalam masyarakat moden.
iv. Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral.
• Max Weber (1864-1920)
i. Strafikasi disebabkan oleh multidimensi: berasaskan ekonomi, status dan kuasa.
ii. Agama penting sebagai agen perubahan.
iii. Rasionalisasi dalam masyarakat moden.
iv. Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai (selain faktor ekonomi).
v. Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).
• George Herbert Mead (1863-1931)
i. Konsep simbol dan bahasa.
ii. Interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna.
iii. Konsep: kendiri, masyarakat dan minda.
iv. Simbol: perkataan, objek, perlakuan, dan bahasa.
v. Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri.
vi. Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat.
Tokoh lain:
• Herbert Spencer: Perkembangan masyarakat berlaku secara evolusi.
• Pierre Bourdieu: Habitus, modal, budaya, penganiayaan simbolik.
• C Wright Mills: Imaginasi sosiologi
• Basil Bernstein: Kod sosial/bahasa
• David Hargreaves: Konsep guru dan interaksi
• Pierre Bourdieu: Habitus, modal, budaya, penganiayaan simbolik.
• C Wright Mills: Imaginasi sosiologi
• Basil Bernstein: Kod sosial/bahasa
• David Hargreaves: Konsep guru dan interaksi
i) Konsep sosialisasi
i. Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
ii. Satu proses pembelajaran yang berterusan.
iii. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya.
iv. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep.
v. Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.

j) Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:
i. Perkembangan kognitif.
ii. Pemerolehan moral.
iii. Perkembangan kemahiran sosial.
ii. Pemerolehan moral.
iii. Perkembangan kemahiran sosial.
k) Jenis Sosialisasi
• Sosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.
i. Di peringkat ini kanak-kanak belajar daripada orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa.
i. Di peringkat ini kanak-kanak belajar daripada orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa.
• Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan)
ii. Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga).
iii. Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.
iv. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya.

• Sosialisasi Semula (resosialisasi)
i. Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada.
ii. Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll.
i. Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada.
ii. Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll.
l) Faktor yang melengkari sosialisasi
i. Keluarga.
ii. Agama.
iii. Pendidikan.
iv. Ekonomi.
v. Kerajaan/ suasana persekitaran politik.
i. Keluarga.
ii. Agama.
iii. Pendidikan.
iv. Ekonomi.
v. Kerajaan/ suasana persekitaran politik.
j) Pengertian Pendidikan
Syed Muhammad Qutb - pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hasan 2006)
i. Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
ii. Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
iii. Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu.
iv. Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya.
h) Sosiologi Pendidikan
i. Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.
ii. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.
iii. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.
iv. Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.
v. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu.
vi Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila
vii. Pendidikan sebagai proses membina warga negara supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
viii. Negara kita Malaysia mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita.
ix. Pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya.
x. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik.
xi. Setiap individu mempunyai bakat dan gaya pembelajarannya yang tersendiri.
xii. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.
Comments
Post a Comment