BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

a) Definisi Budaya

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).

b) Definisi Pelbagai Budaya

Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

c) Teori Sosial Pelbagai Budaya terbahagi kepada 3 :

Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity
i. Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
ii. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
iii. Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi

Melting Pot II: Ethnic Synthesis
i. Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
ii. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)

i. Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
ii. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

d) Pendidikan Pelbagai Budaya

Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.

e) Tujuan Pendidikan Pelbagai Budaya

Untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

f) Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya 

Laporan Barnes (1951)
i. "Matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum."

Laporan Fenn-Wu (1951)
i. "Dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“

Ordinan Pendidikan 1952
ii. "Matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil".

Akta Pendidikan 1961
iii. " ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."

g) Kepentingan Memahami Kepelbagaian Budaya bagi Guru

i. Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.

ii. Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. 

h) Menurut Najeemah (2003) sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya, iaitu

i. Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
ii. Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan.
iii. Guru-guru tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.
iv. Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya.

i) Pengurusan Pelbagai Budaya dalam Bilik Darjah

Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya:

Najeemah
i. Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
ii. Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
iii. Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

Banks (1989)
i. Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
ii. Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
iii. Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

j) Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

Persekitaran Fizikal

i. Pelan kedudukan murid.
ii. Pengisian papan kenyataan.
iii. Hiasan keceriaan.

Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc)

i. Pengetahuan sedia ada murid.
ii. Pendekatan & teknik PdPc.
iii. Peka dengan topik2 tertentu.

Hubungan Guru-Murid

i. Bilik darjah yang selamat.
ii. Corak komunikasi & interaksi.
iii. Hubungan guru-ibu bapa murid.

Rutin & Disiplin

i. Peraturan bilik darjah.
ii. Rutin harian.

Bimbingan & Kaunseling

i. Intervensi bagi menangani tingkah laku bermasalah.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 7: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO DLL)

BAB 2: MENGURUS PEMBELAJARAN

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA