a) Hubungan Sekolah dan Masyarakat • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. • Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. b) Faktor Luaran dan Dalaman Sekolah i. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. ii. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. iii. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. iv. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. v. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. vi. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentu...